Photography Attack ;
Home Owner Freebies Tutorials Linkies Other
Welcome!

Hover the image




Tagboard!


Past

  • Assalamualaikum 22 MAY 2013 - 05 MAY 2013 ...
  • Peraduan sape comel , angkat tangan
  • My Best enemy .
  • Jerman here i come
  • *korek balik kisah hidup , cuba cari mane cerita y...
  • Result day
  • HB Ani
  • Going to Malacca
  • Okay , semua F3 Taayah pakat nak cerita pasal mem...
  • Happy Belated Nana


  • Credits!

    !




    Wednesday, June 5, 2013 5:02 AM
    Cuba untuk berdakwah

    Jam kat rumah aku pukul 4.30 pagi . tapi tak tahu lah kat rumah korang pukul berapa . tapi aku rasa sama lah sebab aku still kat Malaysia belum lagi kat Jerman . okay tak lawak . hati tak tenang gelisah tak tenteram semua jenis ada . tak tahu pasai apa . tadi aku search search search search sampai aku dapat apa yang aku nak .
    okay kenapa tetibe pintu berbunyi pepagi nih , ini amat menakutkan tahu #Tetibe
    semoga apa yang aku kongsikan dekat korang nih membuka mata korang dan cuba untuk memahami apa yang aku cuba nak tulis nih.

    Firstly , memang sebagai budak sekolah agama , yaa aku mengaku aku budak sekolah agama kadang-2 teringin nak tegur cara or perbuatan buruk seseorang . tapi kita kena tegur diorang secara halus . bukan secara public di laman sosial . Tak percaya ? Okay aku selitkan isi yang aku dapat dari
    blog ustazah siti khadijah . okay , ustazah nih bukan mak aku bukan kakak aku bukan adik aku bukan mak cik sedara aku mahupun opah aku , dia bukan sesiapa.
    "Benar, kadangkala kesilapan kita dalam menegur perbuatan buruk seseorang lebih kepada ruang terbuka seperti di Facebook, Twitter, Blog dan sebagainya. Sedangkan Nabi Muhammad saw mengajar, teguran harus terus dinyatakan kepada si pelaku kesalahan, bukan diumumkan di ruang terbuka atau juga melalui perantaraan.Saya merasakan, amat perlu analisis hadith ini dikongsi di blog ini. Sungguh saya tidak dapat menahan airmata ketika menuliskan entri ini.Barangkali, ini teguran Allah kepada saya. Moga dengan perkongsian ini akan membuatkan kita benar-benar mengerti mengapa sirah mengatakan 'Indahnya Akhlak Nabi saw'. Semoga juga, ia bermanfaat dan memberi kita peluang membetulkan kesalahan.       "                                             by ustazah siti khadijah

    okay still tak percaya ? kat sini ak selitkan hadis yang aku rasa ada kaitan dengan post aku .
    Asma binti Abu Bakar pernah masuk ke tempat di mana Rasulullah sedang berada, waktu itu Asma memakai pakaian yang nipis. Rasulullah pun memalingkan mukanya daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma, sesungguhnya seorang wanita itu apabila dia sudah cukup umur, maka dia tidak boleh menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini," sambil beliau menunjukkan bahagian wajah dan telapak tangannya. - catatan ini terdapat dalam rekod hadith-hadith autentik koleksi Abu Dawud.

    Kalau kita sedar kat dalam hadis tuh menunjukkan yang Rasullah hanya menegur asma .

    i. Nabi Muhammad menegur perempuan itu secara langsung, maknanya kata-kata teguran diucapkan terus kepada perempuan yang berkenaan sahaja. Kerana Asma yang memakai pakaian daripada kain nipis maka kepada Asma sahaja teguran itu diberikan.

    ii. Teguran tidak boleh diucapkan secara tidak langsung, di mana perempuan lain yang melakukan kesalahan tetapi teguran itu diucapkan kepada perempuan-perempuan lain, umpamanya Asma yang memakai baju nipis tetapi Nabi Muhammad bercakap berkenaan baju nipis kepada Siti Aisyah, Fatimah, Habibah dan lain, bukan kepada Asma.


    iii. Nabi Muhammad tidak mengirimkan teguran melalui orang perantaraan, ertinya disebabkan Asma yang melakukan kesalahan itu, maka Nabi Muhammad bercakap terus kepada Asma, bukannya menyuruh Aisyah supaya menyampaikan tegurannya kepada Asma.


    iv. Teguran terhadap baju Asma itu tidak diucapkan oleh Nabi Muhammad di khalayak ramai secara umum, seperti dalam ceramah, dalam blog ataupun dalam Facebook.


    dan rasullah juga tidak menegur dalam bentuk perli

    * "Buat apa memakai baju, kalau kita dapat tengok bayangan tubuhnya." (SALAH)


    * "Sesetengah perempuan memakai tudung tetapi jambulnya terjulur." (SALAH)


    * "Bagi sesetengah perempuan, tudung adalah perhiasan yang diletakkan di kepalanya." (SALAH)


    * "Ada perempuan yang menutup aurat tetapi sebenarnya dia membalut auratnya." (SALAH)

    Di atas tuh cara tegur yang salah , memang kita nak berdakwah . tapi tolong sangat-sangat berdakwah lah seperti rasullah berdakwah Jikalau post ini terpesong , maka tegurlah . Post ini hanya sebagai renungan dan bukannya bantahan dan bukan juga sebagai tanda protes. Harap maaf 

    #Ditaip ketika sedang ber-skype bersama raja yang baik hati yang tidak menyumbang apa-2 idea namun sabar mendengar aku bertikam dengan keyboard untuk menghasilkan post yang tidak seberapa ni .






    0 Comments: